Budaya Pop Azwan Ali

Azwan Ali merupakan antara pengacara televisyen terawal yang diangkat sebagai personaliti TV. Ini kerana popularitinya merentasi pelbagai kaum dan kemunculannya yang konsisten di kaca televisyen untuk program berbentuk hiburan dan komedi.

Sepanjang bergelar selebriti , Azwan banyak menggunakan kata tanda (tagline) yang kemudiannya menjadi ikutan masyarakat umum.

  • "Tungguu" (suara latar Melodi)
  • "Salam Siaran"
  • "Amboi Amboi Amboi" (Cit Cat Azwan), kemudiannya diadaptasi menjadi lagu berjudul Amboi oleh rapper Altimet
  • "Ada Aku Kisah?"
  • "Why Bother? Why Bother? Why Bother?"

Azwan juga dikenali kerana karekter uniknya dalam dunia hiburan. Sejak 2011 beliau menjenamakan dirinya dengan karekter Baby AA , seorang kaki gosip jalanan berambut merah jambu dan menggunakan pembesar suara untuk rancangan Propaganza. Namun karekter ini dikecam ramai.

Selepas itu beliau menamakan dirinya sebagai Diva AA, yang sering membawa monopod untuk berselfie bersama peminat.